B. Malaysia |
BAHAGIAN XI
KAKITANGAN DOMESTIK Tertakluk
kepada peruntukan nyata yang berlawanan yang terkandung di dalamnya, suatu
kontrak untuk mengambil bekerja dan untuk berkhidmat sebagai kakitangan
domestik boleh ditamatkan sama ada oleh orang yang mengambil bekerja pekerja
domestik itu atau oleh kakitangan domestik dengan memberikan kepada pihak
yang satu lagi empat belas hari notis tentang niatnya
untuk menamatkan kontrak itu, atau dengan membayar suatu indemniti yang
sama dengan upah yang mana kakitangan domestik itu patut perolehi dalam
masa empat belas hari: Dengan syarat
bahawa mana-mana kontrak tersebut boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak
tanpa notis dan tanpa membayar indemniti atas alasan kelakuan pihak yang
satu lagi berlawanan dengan syarat-syarat kontrak.
57. Penamatan kontrak.