B. Malaysia |
BAHAGIAN XIlA
FAEDAH-FAEDAH PENAMATAN, RENTIKERJA SENTARA, DAN PERSARAAN 60J.
Faedah-faedah penamatan, rentikerja sentara dan persaraan. (1) Menteri
bolehlah melalui peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, memperuntukkan bagi hak-hak pekerja untuk mendapat
pembayaran daripada majikan tentang: (a) faedah-faedah
penamatan; (b) faedah-faedah
rentikerja sentara; (c) faedah-faedah
persaraan. (2) Tanpa
menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-
peraturan yang dibuat menurut subseksyen (1) bolehlah mem-
peruntukkan: (d) bagi
takrif ungkapan "faedah-faedah penamatan", "faedah-
faedah rentikerja sentara", atau "faedah-faedah persaraan",
mengikut mana yang berkenaan, dan bagi keadaan-keadaan
dalam mana faedah-faedah tersebut patut dibayar; (b) bagi
pemakaiannya kepada pekerja-pekerja yang bekerja di
bawah kontrak perkhidmatan sebelum sahaja bermulanya
kuatkuasa peraturan-peraturan itu dan yang terus dalam
pekerjaan tersebut selepas mula kuatkuasanya; (c) bagi
pemakaiannya kepada semua pekerja secara am atau
kepada mana-mana golongan, kategori atau perihal pekerja
yang tertentu; (d) bagi
mengeluarkan daripada pemakaiannya mana-mana
pekerja atau pekerja-pekerja tertentu, atau mana-mana
golongan kategori atau perihal pekerja; (e) bagi
pembayaran kadar ataujumlah yang berlainan faedah-
faedah penamatan, faedah-faedah rentikerja sentara, atau
faedah-faedah persaraan, mengikut mana yang berkenaan,
kepada golongan-golongan, kategori atau perihal pekerja-
pekerja yang berlainan.