B. Malaysia |
BAHAGIAN
XIlB
PENGAMBILAN KERJA PEKERJA ASING 60K.
Kewajipan untuk memberi maklumat dan penyata. (1) Majikan
yang mengambil kerja seseorang pekerja asing hendaklah, dalam masa empat
belas hari selepas pengambilan kerja itu, memberikan kepada pejabat terdekat
Ketua Pengarah butir-butir
mengenai pekeija asing itu mengikut cara sebagaimana yang
ditentukan oleh Ketua Pengarah. (2) Majikan tertentu
atau golongan atau golongan-golongan
tertentu majikan, apabila jua dikehendaki berbuat demikian oleh
Ketua Pengarah, hendaklah memberikan penyata mengenai butir-
butir berhubungan dengan pengambilan kerja seseorang pekerja
asing mengikut cara dan pada lat-lat tempoh sebagaimana yang
diarahkan oleh Ketua Pengarah. peraturan yang dibuat
menurut subseksyen (1) bolehlah mem-
peruntukkan: (a) bagi takrif ungkapan
"faedah-faedah penamatan", "faedah-
faedah rentikerja sentara", atau "faedah-faedah persaraan",
mengikut mana yang berkenaan, dan bagi keadaan-keadaan
dalam mana faedah-faedah tersebut patut dibayar; (b) bagi pemakaiannya
kepada pekerja-pekerja yang bekerja di
bawah kontrak perkhidmatan sebelum sahaja bermulanya
kuatkuasa peraturan-peraturan itu dan yang terus dalam
pekerjaan tersebut selepas mula kuatkuasanya;
(c) bagi pemakaiannya kepada semua pekerja secara am atau
kepada mana-mana golongan, kategori atau perihal pekerja
yang tertentu; (d) bagi mengeluarkan
daripada pemakaiannya mana-mana
pekerja atau pekerja-pekerja tertentu, atau mana-mana
golongan kategori atau perihal pekerja; (e) bagi pembayaran
kadar atau jumlah yang beriainan faedah-
faedah penamatan, faedah-faedah rentikerja sentara, atau
faedah-faedah persaraan, mengikut mana yang berkenaan,
kepada golongan-golongan, kategori atau perihal pekerja-
pekerja yang berlainan.