B. Malaysia |
BAHAGIAN XII
HARI REHAT, TEMPOH MASA KERJA, HARI KELEPASAN DAN
LAIN-LAIN SYARAT PERKHIDMATAN 58.
{Ditinggalkan}. 58A.
Tak pemakaian Bahagian XII. Bahagian
ini tidak terpakai kepada mana-mana terma atau syarat perkhidmatan yang
diperuntukkan dalam mana-mana perjanjian kolektif yang telah dimasuki
sebelum mula berkuatkuasa Bahagian ini dan diambil tahu oleh Mahkamah
Perusahaan atau dalam mana- mana award yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan
semasa perjanjian kolektifatau award masih berkuatkuasa. 59.
Hari rehat (1) Setiap
pekerja hendaklah dibenarkan dalam setiap minggu satu hari rehat sehari
penuh sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh majikan,
dan sekiranya pekerja dibenarkan lebih daripada satu hari rehat dalam
satu minggu maka hari rehat yang terakhir daripada hari-hari rehat tersebut
hendaklah menjadi hari rehat bagi maksud-maksud Bahagian ini: Dengan syarat
bahawa subseksyen ini hendaklah tidak terpakai dalam tempoh pekeija itu
sedang cuti bersalin sebagaimana yang dipemntukkan di bawah seksyen 37
atau sedang cuti sakit sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen
60p, atau dalam tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan
Pekerja 1952, atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. (IA) Walaupun
subseksyen (1) dan tafsiran perkataan "hari" dalam seksyen 2(1),
dalam hal seorang pekerja yang terlibat dalam kerja syif mana-mana tempoh
berterusan yang tidak kurang dari tiga puluh jam hendaklah merupakan satu
hari rehat. (IB) Walau
apa pun peruntukan subseksyen (1), Ketua Pengarah, atas permohonan bertulis
oleh majikan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut
dikenakan, boleh membenarkan majikan itu memberikan hari rehat bagi setiap
minggu pada mana- mana hari dalam bulan di mana hari-hari rehat itu termasuk
dan hari yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hari rehat
pekerja bagi maksud-maksud seksyen ini. (2) Majikan
hendaklah menyediakan sebuah jadual sebelum permulaan bulan di manajatuhnya
hari-hari rehat bagi memberitahu pekerja itu hari-hari yang ditetapkan
sebagai hari-hari rehat pekerja di dalamnya, dan sekiranya hari yang sama
dalam setiap minggu telah ditetapkan sebagai hari rehat bagi semua pekerja
di tempat pekerjaan itu, majikan bolehlah, sebagai ganti kepada penyediaan
suatu jadual, mempamerkan suatu notis di tempat yang boleh dilihat di
tempat pekerjaan itu memberitahu pekerja hari rehat tetap yang ditetapkan
sedemikian. (3) Setiap
jadual tersebut dan setiap butiran yang dicatatkan di dalamnya hendaklah
disimpan dan hendaklah dibenarkan untuk pemeriksaan bagi suatu tempoh
tidak melebihi enam tahun daripada hari terakhir bulan di mana jadual
itu disediakan atau disebabkan supaya disediakan. (4) Mana-mana
majikan yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan
suatu kesalahan. 60.
Kerja pada hari rehat. (1) Kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60A (2), tiada
pekerja yang boleh dipaksa bekerja pada sesuatu hari rehat melainkan ia
terlibat dalam kerja yang dengan sebab jenisnya memerlukan supaya dijalankan
secara berterusan atau bersam-bungan oleh dua atau lebih syif: Dengan syarat
bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian Ketua Pengarah hendaklah mempunyai
kuasa untuk menentukan sama ada atau tidak seseorang pekerja terlibat
dalam kerja yang dengan sebab jenisnya memerlukannya dijalankan secara
berterusan atau bersambungan oleh dua atau lebih syif. (2) (Ditinggalkan). (3)(a) Dalam
hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian,
setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa yang bekerja pada satu hari
rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh kerja: (i) yang tidak
melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar
upah biasa; atau (ii) yang
melebihi lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya
yang normal, dua hari upah pada kadar upah biasa. (b) Dalam
hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah bulanan yang
bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh
kerja: (i) yang
tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya yang normal, upah yang sama
dengan setengah kadar upah biasa bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut;
atau (ii) yang
lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang
biasa, satu hari upah pada kadar upah yang biasa bagi kerja yang dilakukan
pada hari tersebut. (c) Bagi
mana-mana kerja yang dilakukan yang melebihi tempoh masa kerja yang normal
pada satu hari rehat oleh seseorang pekerja yang dinyatakan dalam perenggan
(a) atau (&), ia hendaklah dibayar pada kadar yang tidak kurang daripada
dua kali ganda kadar upahnya mengikutjam. (d) Dalam
hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja yang bekerja
pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar dua kali ganda kadar upah biasanya
bagi satu kerja. 60A.
Waktu kerja. (1) Kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, seseorang pekerja
tidak boleh dikehendaki di bawah kontrak perkhidmatannya bekerja: (a) lebih
daripada lima jam berturut-turut tanpa tempoh kelapangan tidak kurang
daripada jangka masa tiga puluh minit; (b) lebih
daripada lapanjam dalam satu hari; (c) melebihi tempoh masa sepuluhjam
dalam satu hari; (d) lebih daripada empat puluh lapan jam dalam satu minggu: Dengan syarat
bahawa: (i) bagi
maksud subseksyen (l)(a) apa-apa gangguan yang kurang daripada tiga puluh
minit dalam tempoh lima jam berturut-turut tidaklah memutuskan keberterusan
tempoh limajam berturut-turut itu; (ii) seseorang
pekerja yang terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan dan
yang memerlukan perhatiannya yang terus-menerus boleh dikehendaki bekerja
selama lapan jam berturut-turut termasuk tempoh atau tempoh-tempoh yang
tidak kurang dari empat puluh lima minit kesemuanya di mana dalam tempoh
itu ia mempunyai kesempatan untuk makan; dan (iii) sekiranya,
melalui perjanjian di bawah kontrak perkhidmatan di antara pekerja dan
majikan, bilangan jam kerja pada sehari atau lebih dalam seminggu kurang
daripada lapan jam bolehlah dilampaui pada hari-hari yang masih tinggal
dalam minggu itu, tetapi tiada pekerja boleh dikehendaki bekerja lebih
dari sembilan jam dalam satu hari atau empat puluh lapan jam dalam satu
minggu. (IA) Ketua
Pengarah boleh, atas permohonan bertulis seorang majikan, memberi kebenaran
kepada majikan itu untuk memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan mana-mana
satu atau lebih daripada pekerja-pekerjanya, atau dengan mana-mana kelas,
kategori atau perihal pekerja-pekerjanya, memerlukan pekerja atau pekerja-pekerja,
atau kelas, kategori atau perihal pekerja-pekerja, mengikut mana yang
berkenaan, untuk bekerja lebih masa dari had waktu bekerja yang ditetapkan
di bawah subseksyen-subseksyen (l)(a), (b), (c) dan (d) tetapi tertakluk
kepada syarat-syarat tertentu, jika ada, sebagaimana Ketua Pengarah boleh
sifatkan patut untuk mengenakan, jika ia berpuas hati bahawa ada keadaan-keadaan
khas berhubung dengan perniagaan atau akujanji majikan yang menyebabkan
perlu atau bermanfaat untuk memberi kebenaran tersebut: Dengan syarat
bahawa Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membatalkan kelulusan
yang diberi di bawah subseksyen ini jika ia ada sebab untuk mempercayai
bahawa adalah bermanfaat untuk berbuat demikian. (1e) Mana-mana
orang yang tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah di
bawah subseksyen (IA) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari keputusan tersebut
disampaikan kepadanya, merayu secara bertulis terhadapnya kepada Menteri. (1c) Apabila
suatu rayuan dibuat kepadanya di bawah subseksyen (IB) Menteri boleh membuat
keputusan atau perintah tertentu di atasnya sebagaimana nampaknya adil,
dan keputusan atau perintah tersebut adalah muktamad. (2) Seorang
pekerja bolehlah dikehendaki oleh majikannya supaya melebihi had masa
yang ditetapkan dalam subseksyen (1) dan bekerja pada suatu hari rehat,
dalam hal— (a) kemalangan,
sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya; (b) kerja,
perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat; (c) kerja
yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malay- sia; (d) kerja
segera yang hams dilakukan ke atas jentera atau loji; (e) suatu
gangguan keija yang tidak mungkin dapat ditelah; atau (f) kerja
yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan
yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana
yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967: Dengan syarat
bahawa Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat dan memutuskan
sama ada atau tidak majikan boleh memanggil pekerja untuk bekerja dalam
keadaan- keadaan yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan (a) hingga
(f). (3)(a) Bagi
mana-mana kerja lebih masa yang dijalankan melebihi masa kerja yang normal,
pekerja hendaklah dibayar pada kadar tidak kurang daripada satu setengah
kali ganda kadar upahnya mengikut jam tanpa mengira asas penetapan kadar
upahnya. (b) Dalam
seksyen ini "lebih masa" ertinya bilangan jam kerja yang dibuat
melebihi masa kerja yang normal sehari: Dengan syarat
bahawa jika mana-mana kerja dijalankan selepas tempoh masa sepuluh jam,
maka kesemua tempoh bermula dari waktu tempoh masa tersebut berakhir sehingga
ke masa pekerja berhenti kerja bagi hari itu hendak disifatkan sebagai
lebih masa. (c) Bagi
maksud-maksud seksyen ini, seksyen 60, seksyen 60D (3)(a) dan seksyen
60i, "waktu kerja normal" ertinya bilangan jam kerja yang dipersetujui
di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu
kerja yang biasa dalam sehari dan waktu-waktu kerja tersebut hendaklah
tidak melebihi had-had yang ditetapkan dalam subseksyen (1). (4)(a) Tiada
majikan boleh menghendaki atau membenarkan pekerja supaya bekerja lebih
masa melebihi had tersebut se- bagaimana yang ditetapkan oleh Menteri
dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, dan peraturan-peraturan yang dibuat sedemikian bolehlah memper-
untukkan had-had yang berlainan bagi golongan-golongan, kategori- kategori
atau perihal-perihal pekeija yang berbeza, dan peraturan- peraturan itu
bolehlah juga memperuntukkan bagi golongan- golongan, kategori-kategori
atau perihal pekerja-pekerja sebagai- mana yang ditetapkan supaya dikecualikan
daripada pemakaiannya: Dengan syarat
bahawa mana-mana kerja yang dibuat pada suatu hari rehat, atau mana-mana
hari kelepasan yang diwartakan yang dirujukkan dalam seksyen 60D (1),
atau pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang digantikan kepadanya
di bawah seksyen 60D, hendaklah tidak ditafsirkan sebagai kerja lebih
masa bagi maksud-maksud subseksyen im: Dan dengan
syarat selanjutnya bahawa Ketua Pengarah boleh, atas permohonan dibuat
kepadanya secara bertulis oleh majikan atau pekerja atau kumpulan pekerja,
membenarkan mana-mana pekerja yang tertentu, atau mana-mana kumpulan,
golongan atau perihal pekerja, atau mana-mana kumpulan, golongan, kategori
atau perihal pekerja dalam mana-mana perusahaan, kegiatan atau pertubuhan
tertentu supaya bekerja lebih masa melebihi had waktu yang ditetapkan
itu, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, jika ada, sebagaimana yang
ia fikir sesuai untuk mengenakan. (aa) Mana-mana
orang yang tidak puas hati dengan mana-mana keputusan Ketua Pengarah yang
dibuat di bawah perenggan (a) bolehlah, dalam masa tiga puluh hari keputusan
tersebut diberitahu kepadanya, merayu secara bertulis daripadanya kepada
Menteri. (ab) Dalam
memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat kepadanya di bawah perenggan (aa),
Menteri bolehlah membuat keputusan tertentu atau perintah ke atasnya sebagaimana
yang adil dan keputusan tersebut hendaklah muktamad. (b) Bagi
maksud-maksud menghadkan lebih masa di bawah subseksyen ini "lebih
masa" hendaklah mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam subseksyen
(3)(b). (5) (Ditinggalkan). (6) Menteri
bolehlah membuat peraturan-peraturan bagi maksud- maksud mengira bayaran
yang perlu dibayar bagi kerja lebih masa kepada pekerja yang diambil bekerja
atas kadar ikut kerja. (7) Kecuali
dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (2)(a), (b) (c),
(d} dan (e) tiada majikan boleh memerlukan mana-mana pekerja di bawah
apa-apa keadaan kepada bekerja lebih daripada dua belasjam dalam mana-mana
satu hari. (8) Seksyen
ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam kerja yang
oleh sebab jenisnya melibatkan pekerjaan yang tidak aktif atau pekerjaan
menunggu untuk waktu-waktu yang lama. (9) Bagi
maksud-maksud Bahagian ini "waktu-waktu kerja" ertinya jangka
masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas
untuk menggunakan masanya dan pergerakannya sendiri. 60B.
Tugas kerja. Tiada apa-apa
yang terkandung dalam Bahagian ini boleh menghalang mana-mana majikan
daripada membuat persetujuan dengan mana-mana pekerja bahawa upah-upah
pekerja tersebut akan dibayar pada kadar yang dipersetujui mengikut tugas,
iaitu jumlah kerja yang tertentu yang akan dilakukan dan bukan mengikut
hari atau keija. 60c.
Kerja syif. (1) Walau
apa pun seksyen 60A (1)(b) (c) dan (d) tetapi tertakluk kepada subseksyen
(1)(a) di dalamnya, seseorang pekerja yang teriibat di bawah kontrak perkhidmatan
dalam kerja syif bolehlah dikehendaki oleh majikannya supaya bekerja lebih
daripada lapan jam dalam mana-mana satu hari atau lebih daripada empat
puluh lapanjam dalam mana-mana satu minggu tetapi purata bilanganjam bekerja
dalam mana-mana tempoh, atau apa-apa tempoh melebihi tiga minggu sebagaimana
yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, hendaklah tidak melebihi empat puluh
lapanjam seminggu. (1A) Kelulusan
Ketua Pengarah dalam subseksyen (1) boleh diberi jika Ketua Pengarah berpuas
hati bahawa terdapat hal keadaan khas mengenai perniagaan atau urusan
majikan yang menjadikannya periu atau suaimanfaat baginya untuk memberikan
kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagaimana yang
difikirkannya patut dikenakan. ( 1B) Ketua
Pengarah boleh membatalkan kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1A)
pada bila-bila masa jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa
adalah suaimanfaat untuk berbuat demikian. (2) Kecuali
dalam keadaan-keadaan yang ditetapkan dalam seksyen 60A(2)(a), (b), (c),
(d) dan (e), tiada majikan boleh memerlukan mana-mana pekerja yang diambil
kerja di bawah kontrak perkhidmatan dalam kerja syif boleh bekerja lebih
daripada dua belas jam dalam mana-mana satu hari. (3) {Ditinggalkan}. 60D.
Hari kelepasan. (1) Setiap
pekerja hendaklah berhak mendapat hari kelepasan berbayar pada kadar upah
biasanya pada hari-hari berikut dalam mana-mana tahun kalendar: (a) pada
sepuluh hari kelepasan am yang diwartakan, empat daripadanya hendaklah- (i) Hari
Kebangsaan; (ii) Hari
Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; (iii) Hari
Keputeraan Raja-raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan,
bagi Negeri di mana pekerja keseluruhannya atau sebahagian besamya bekerja
di bawah kontrak perkhidmatannya, atau Hari Wilayah Persekutuan, jika
pekerja keselumhannya atau sebahagian besamya bekerja di Wilayah Persekutuan;
dan (iv) Hari
Pekerja: (b) pada
mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen
8 Akta Hari Kelepasan Am 1951: Dengan syarat
bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan-perenggan
(a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja
hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai
ganti untuk hari kelepasan am tersebut. (IA) Majikan
hendaklah mempamerkan dengan ketara di tempat pekerjaan sebelum bermulanya
setiap tahun kalendar suatu notis menyatakan
enam hari kelepasan yang diwartakan yang masih berbaki yang sebagaimana
yang dipemntukkan dalam subseksyen (1) (a)
mana pekerja-pekerjanya berhak mendapat hari kelepasan berbayar di bawah
subseksyen (1) (a): Dengan syarat
bahawa secara perjanjian di antara majikan dan pekerja mana-mana hari
atau hari-hari bolehlah digantikan bagi satu atau lebih daripada baki
enam hari kelepasan yang diwartakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam
subseksyen (1) (a): Dan dengan
syarat selanjutnya bahawa majikan boleh memberikan pekerja mana-mana hari
lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk mana-mana hari
kelepasan yang dirujuk di dalam subseksyen (1) (b). (1B) Sekiranya
mana-mana hari kelepasan am itu atau mana- mana hari lain yang digantikan
kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A)
jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan
yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka
masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952
atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah
memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti
bagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu. (2) Mana-mana
pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari
kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut
atau mana-mana hari atau hari-hari yang digantikan kepadanya di bawah
seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak
berhak mendapat apa- apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut
atau hari- hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan
munasabah bagi ketidakhadiran itu. (2A) Seseorang
pekerja yang dibayar pada kadar upah bulanan hendaklah dianggap sebagai
telah menerima bayaran hari kelepasannya jika ia menerima daripada majikannya
upah-upah bulanannya, tanpa potongan (selain daripada sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah subseksyen (2)) berkaitan dengan hari kelepasan,
bagi bulan di mana hari kelepasan itu jatuh. (3) (a)
Walau apa pun subseksyen (1), (1A) dan (1B) mana-mana pekerja boleh dikehendaki
oleh majikannya bekerja pada mana- mana hari kelepasan berbayar yang ia
berhak di bawah subseksyen tersebut dan dalam keadaan tersebut ia hendaklah,
sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang ia berhak mendapat
bagi hari tersebut: (i) dalam
hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian, jam
atau lain-lain kadar bayaran yang sempa dibayar dua hari upah pada kadar
biasa; atau (ii) dalam
hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali
ganda kadar biasa bagi satu kerja, tidak kira bahawa tempoh kerja yang
dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal. (aa) Bagi
mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja yang dirujukkan
dalam perenggan (a)(i) yang melebihi waktu-waktu kerja yang normal pada
hari kelepasan berbayar pekerja hendaklah dibayar pada kadar yang tidak
kurang daripada tiga kali ganda kadar upah ikutjam. (aaa) Bagi
mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja yang dirujukkan
dalam perenggan (a)(ii) yang melebihi waktu-waktu kerja yang normal pada
mana-mana hari kelepasan, pekerja hendaklah dibayar tidak kurang daripada
tiga kali ganda kadar biasa bagi satu kerja. (b) Seseorang
pekerja yang bekerja pada hari kelepasan hendaklah berhak mendapat elaun
perjalanan bagi hari itu jika kena dibayar kepadanya di bawah syarat perjanjiannya
dengan majikannya tetapi pekerja tersebut tidak berhak di bawah subseksyen
ini untuk menerima kadar tambahan mana-mana elaun perumahan atau elaun
makanan. (4) Bagi
maksud-maksud seksyen ini jika mana-mana hari kelepasan tersebut jatuh
pada setengah hari kerja, maka kadar upah biasa yang kena dibayar hendaklah
kadar upah hari bekerja penuh. 60E.
Cuti tahunan. (1) Seseorang
pekerja hendaklah berhak mendapat cuti tahunan berbayar: (a) lapan
hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan
yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh kurang
dari dua tahun; (b) dua
belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan
majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh
dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun; dan (c) enam
belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhid- matan berterusan dengan
majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh
lima tahun atau lebih, dan jika ia tidak cukup dua belas bulan perkhidmatan
berterusan dengan majikan yang sama sepanjang tahun yang mana kontrak
perkhidmatannya tamat, haknya untuk mendapat cuti tahunan berbayar hendaklah
mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan yang dicukupkan: Dengan syarat
bahawa mana-mana pecahan dari satu hari cuti tahunan yang dikira sedemikian
yang kurang dari setengah daripada satu hari hendaklah diabaikan, dan
sekiranya pecahan daripada satu hari ialah setengah atau lebih ia hendaklah
dianggap sebagai satu hari: Dan dengan
syarat selanjutnya bahawa sekiranya pekerja tidak hadir daripada kerja
tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah bagi lebih daripada
sepuluh peratus daripada hari kerja sepanjang dua belas bulan perkhidmatan
berterusan berkaitan dengan mana haknya untuk mendapat cuti tersebut terakru
ia tidak berhak mendapat cuti tersebut. (1A) Cuti
tahunan berbayar yang pekerja itu berhak di bawah subseksyen (1) hendaklah
menjadi tambahan kepada hari-hari rehat dan hari-hari kelepasan berbayar. (1B) Sekiranya
seseorang pekerja yang sedang dalam cuti tahunan berbayar menjadi berhak
mendapat cuti sakit atau cuti bersalin semasa dalam cuti tahunan itu,
pekerja itu hendaklah diberikan cuti sakit atau cuti bersalin, mengikut
mana yang berkenaan, dan cuti tahunan itu hendaklah dianggap sebagai tidak
diambil bagi hari-hari di mana cuti sakit atau cuti bersalin yang diberikan
sedemikian. (2) Majikan
hendaklah memberikan dan pekerja hendaklah mengambil cuti tersebut tidak
lewat daripada dua belas bulan selepas berakhir setiap dua belas bulan
berterusan perkhidmatan dan mana- mana pekerja yang gagal mengambil cuti
tersebut pada akhir tempoh tersebut adalah dengan itu hilang kelayakan
terhadap cuti tersebut: Dengan syarat
bahawa seorang pekerja adalah berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti
tahunan tertentu jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara
bertulis tidak mengambil mana- mana atau semua cuti tahunan haknya. (2A) Walau
apa pun subseksyen (2) setelah penamatan kontrak perkhidmatan pekerja,
pekerja itu hendaklah berhak mendapat sebelum penamatan itu berlaku, cuti
tahunan berbayar yang boleh diambil dalam tahun yang mana berlaku penamatan
itu bagi dua belas bulan perkhidmatan sebelum tahun di mana penamatan
itu berlaku, dan, sebagai tambahan, cuti yang terakru bagi bulan-bulan
perkhidmatan yang dicukupi sepanjang tahun di mana penamatan itu berlaku. (3) Majikan
hendaklah membayar pekerja kadar upahnya yang biasa bagi setiap hari cuti
tahunan berbayar, dan pekerja atas kadar upah bulanan hendaklah dianggap
sebagai telah menerima bayaran cuti tahunan jika ia menerima upah bulanannya,
tanpa potongan bagi cuti tahunan, bagi bulan yang ia mengambil cuti tahunan
itu. (3A) Jika
kontrak perkhidmatan telah ditamatkan oleh mana- mana pihak sebelum pekerja
mengambil cuti tahunan berbayar yang mana ia berhak di bawah seksyen ini,
majikan hendaklah membayar pekerja kadar upah biasanya bagi setiap hari
cuti tersebut: Dengan syarat
bahawa subseksyen ini tidak terpakai sekiranya pekerja dipecat di bawah
seksyen 14 (1) (a). (3B) Sekiranya
seseorang pekerja telah diberi cuti tanpa gaji oleh I majikannya dalam
masa mana-mana tempoh dua belas bulan dan tempoh ketidakhadiran itu melebihi
pada keselumhannya tiga puluh hari, maka tempoh cuti itu hendaklah tidak
diambil kira bagi maksud menghitung tempoh perkhidmatannya dengan majikan
itu di bawah seksyen ini. (4) Menteri
bolehlah, melalui pemberitahu dalam Warta me- netapkan tempoh-tempoh bila
dan menetapkan cara-cara di mana cuti tahunan boleh diberikan kepada pekerja
dalam jenis-jenis pekerjaan yang berbeza atau golongan-golongan pemsahaan
yang berbeza. 60F.
Cuti sakit. (1) Seseorang
pekerja hendaklah, selepas pemeriksaan atas per- belanjaan majikan: (a) oleh
seorang pengamal pembatan berdaftar yang dilantik dengan sempurna oleh
majikan; atau (b) jika
tiada pengamal perubatan sedemikian dilantik atau, jika berhubung kepada
jenis atau keadaan-keadaan ke- sakitan, perkhidmatan pengamal perubatan
yang dilantik tidak boleh didapati dalam masa atau jarak yang munasa-
bah, oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang lain atau oleh seorang
pegawai perubatan, berhak mendapat cuti sakit berbayar; (aa) sekiranya
tidak perlu dihospitalisasi: (i) empat
belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekeija
untuk kurang dari dua tahun; (ii) lapan
belas hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja
untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun; (iii) dua
puluh dua hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja
untuk lima tahun atau lebih; atau (bb) enam
puluh hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi adalah
perlu, sebagaimana yang diperakui oleh pengamal pembatan berdaftar atau
pegawai pembatan tersebut: Dengan syarat
bahawa jumlah bilangan hari cuti sakit berbayar dalam sesuatu tahun kalendar
di mana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi
enam puluh hari pada keselumhannya: Dan dengan
syarat selanjutnya bahawa jika seseorang pekerja adalah disahkan oleh
pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan sebagai cukup sakit
yang me- merlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa-apa
sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan bagi
maksud-maksud seksyen ini. (IA) Seorang
pekerja adalahjuga berhak kepada cuti sakit yang dibayar di bawah perenggan-perenggan
(aa) dan (bb) subseksyen (1) selepas pemeriksaan oleh seorang doktor pergigian
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971: Dengan syarat
bahawa hak bagi cuti sakit tersebut hendaklah termasuk bilangan hari yang
diperuntukkan di bawah perenggan- perenggan (ad) dan (bb) subseksyen (1). (2) Seseorang
pekerja yang tidak hadir kerana cuti sakit: (d) yang
tidak disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau seorang doktor
pergigian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (lA);atau (b) yang
disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan atau
doktor pergigian tersebut, tetapi tanpa memberitahu atau tanpa cuba memberitahu
majikannya darihal cuti sakit tersebut dalam masa empat puluh lapanjam
daripada cuti sakit itu bermula, hendaklah dianggap sebagai tidak hadir
kerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah bagi hari-hari
yang ia tidak hadirkerja. (3) Majikan
hendaklah membayar kadar upah yang biasa kepada pekerja bagi setiap hari
cuti sakit tersebut, dan seseorang pekerja atas kadar upah bulanan hendaklah
dianggap telah menerima bayaran cuti sakitnya jika ia menerima dari majikannya
upah bulanannya, tanpa potongan bagi hari-hari di mana ia mengambil cuti
sakit, bagi bulan yang mana ia mengambil cuti sakit tersebut. (4) Tiada
pekerja yang berhak untuk mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh di
mana pekerja berhak mendapat elaun bersalin di bawah Bahagian IX, atau
bagi mana-mana tempoh di mana ia menerima sebarang pampasan bagi ketidakupayaan
di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau bayaran berkala kerana hilang
upaya sementara di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. 60G.
(Ditinggalkan).
60H. (Ditinggalkan). 60i.
Tafsiran. (1) Bagi
tujuan-tujuan Bahagian ini dan Bahagian IX: (a) "kadar
upah biasa" ertinya upah sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen
2, sama ada dikira mengikut bulan, minggu, hari, jam atau kadar sebahagian,
atau selainnya yang mana seorang pekerja adalah berhak menerima di bawah
syarat-syarat kontrak perkhidmatannya untuk waktu bekerja biasa bagi sehari,
tetapi tidak termasuk sebarang pembayaran yang dibuat di bawah skim gaji
galakan yang diluluskan atau apa-apa pembayaran untuk kerja yang dilakukan
pada hari rehat atau pada hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan
oleh maji- kan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari yang
digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan; dan (b) "kadar
bayaran ikut jam" ertinya kadar bayaran biasa dibahagi dengan waktu
bekerja biasa. (1A) Sekiranya
seseorang pekerja bekerja pada kadar upah bulanan, kadar upah biasa hendaklah
dikira mengikut formula seperti berikut: kadar
upah bulanan _______________
26 (1B) Sekiranya
seseorang pekerja bekerja pada kadar upah mingguan, kadar upah biasa hendaklah
dikira mengikut formula seperti berikut: kadar
upah mingguan __________________
6 (lc) Sekiranya
seseorang pekerja bekerja pada kadar upah harian atau mengikut kadar-kadar,
kadar upah biasa hendaklah dikira dengan membahagikan jumlah besar upah
yang diperolehi oleh pekerja itu selama tempoh upah dahulu (tidak termasuk
apa-apa pembayaran yang dibuat di bawah sesuatu skim gaji galakan yang
diluluskan atau bagi kerja yang dilakukan pada mana-mana hari rehat, mana-mana
hari kelepasan am yang diwartakan yang diberi oleh majikan di bawah kontrak
perkhidmatan atau mana-mana hari yang digantikan bagi hari kelepasan am
yang diwartakan) dengan bilangan sebenar hari-hari pekerja itu telah bekerja
dalam masa tempoh gaji itu (tidak tennasuk mana-mana hari rehat, mana-mana
hari kelepasan am yang diwartakan atau mana-mana hari kelepasan berbayar
yang digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan). (1D) Bagi
maksud-maksud bayaran bagi cuti sakit di bawah seksyen 60p, pengiraan
kadar upah biasa seseorang pekerja yang bekerja pada kadar upah harian
atau mengikut kadar-kadar di bawah subseksyen (1C) hendaklah mengambil
kira hanya upah pokok yang diterima oleh pekerja itu atau kadar mengikut
kadar dia dibayar bagi kerja yang dilakukan dalam sehari di bawah kontrak
perkhidmatan. (2) Seseorang
majikan boleh mengambil mana-mana kaedah atau formula dalam subseksyen
(1A), (1B) atau (1C) untuk mengira kadar upah biasa seseorang pekerja;
tetapi mana-mana kaedah atau for- mula lain yang diambil tidaklah boleh
mengakibatkan sesuatu kadar yang kurang daripada mana-mana kadar yang
diperuntukkan dalam subseksyen-subseksyen tersebut. (3) Bagi
tujuan seksyen ini, Ketua Pengarah boleh, atas per mohonan dibuat kepadanya
secara bertulis oleh majikan, meluluskan secara bertulis sebarang skim
bayaran insentif sebagai skim bayaran insentif yang telah diluluskan.