B. Malaysia |
BAHAGIAN XV
PENGADUAN DAN SIASATAN 69.
Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat tentang pengaduan. (1) Ketua
Pengarah boleh menyiasat dan memutuskan mana-
mana pertikaian antara seorang pekerja dan majikannya mengenai
gaji atau mana-mana bayaran lain dengan wang tunai yang kena
dibayar kepada pekerja tersebut di bawah— (a) mana-mana
syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja
tersebut dan majikannya; (b) mana-mana
daripada peruntukan-peruntukan Akta ini atau
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di
bawahnya; atau (c) peruntukan-peruntukan
Akta Majlis Gaji 1947 atau mana-
mana perintah yang dibuat di bawahnya, dan, menurut
keputusan tersebut, boleh membuat suatu perintah
dalam borang yang ditetapkan untuk pembayaran oleh majikan suatu
jumlah wang tertentu sebagaimana yang disifatkannya adil tanpa
batasan tentang jumlah itu. (2) Kuasa-kuasa
Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1)
hendaklah termasuk kuasa untuk mendengar dan memutuskan,
mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Bahagian ini, apa-apa
tuntutan oleh— (i) seorang
pekerja terhadap mana-mana orang yang
bertanggungan di bawah seksyen 33; (ii) seorang
sub-kontraktor buruh terhadap seorang kontraktor
atau sub-kontraktor untuk apa-apa jumlah yang sub-
kontraktor buruh menuntut supaya dibayar kepadanya
mengenai apa-apa kerja yang disediakan olehnya di bawah
kontraknya dengan kontraktor atau sub-kontraktor; atau (iii) seorang
majikan terhadap pekerjanya mengenai tanggung
rugi yang kena dibayar kepada majikan tersebut di bawah
seksyen 13(1), dan untuk
membuat perintah-perintah berbangkit tertentu sebagai-
mana yang perlu untuk memberi kesan kepada keputusannya. (3) Selain
daripada kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen-
subseksyen (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh menyiasat dan men-
gesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan yang dibuat oleh
seorang majikan di bawah seksyen 14(1) dan Ketua Pengarah boleh
membuat perintah-perintah berbangkit tertentu sebagaimana yang
perlu untuk memberi kesan kepada keputusannya: Dengan syarat
bahawa jika keputusan majikan di bawah seksyen
14(l)(a) diketepikan, perintah berbangkit Ketua Pengarah terhadap
majikan tersebut hendaklah dihadkan kepada pembayaran ganti rugi
sebagai ganti notis dan lain-lain pembayaran yang pekerja itu ber-
hak seolah-olah tidak ada salah laku yang telah dilakukan oleh
pekerja: Dengan syarat
lagi bahawa Ketua Pengarah hendaklah tidak
mengenepikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh seorang
majikan di bawah seksyen 14(1 )(c) jika keputusan tersebut tidak
menyebabkan apa-apa kerugian dalam gaji atau lain-lain bayaran
yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhid-
matannya: Dan dengan
syarat lagi bahawa Ketua Pengarah hendaklah tidak
menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen ini melainkan
pekerja telah membuat suatu aduan kepadanya di bawah peruntukan-
peruntukan Bahagian ini dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh
atas mana keputusan di bawah seksyen 14 itu disampaikan ke-
padanya sama ada secara lisan atau secara bertulis oleh majikan-
nya. (SA) Sesuatu
perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah bagi
pembayaran wang di bawah seksyen ini hendaklah membawa faedah
pada kadar 8 peratus setahun, atau apa-apa kadar lain yang tidak
melebihi 8 peratus setahun sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah, faedah itu hendaklah dikira bermula pada hari ketiga
puluh satu dari tarikh perintah itu dibuat hingga hari perintah itu
dipenuhi: Dengan syarat
bahawa Ketua Pengarah, atas permohonan oleh
majikan yang dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh perintah itu
dibuat, jika dia berpuas hati bahawa adanya hal keadaan khas, boleh
menetapkan mana-mana tarikh lain yang darinya faedah itu
hendaklah dikira. (4) Seseorang
yang gagal mematuhi mana-mana keputusan atau
perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan juga, dalam hal kesalahan
berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi satu ratus
ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 69A.
Had bagi kuasa yang diberi oleh seksyen 69. Walau apa
pun peruntukan dalam seksyen 69, Ketua Pengarah
tidak boleh menyiasat, mendengar, memutuskan atau membuat
sebarang perintah berkaitan dengan mana-mana tuntutan, pertikaian
atau yang berupa pertikaian, menurut Akta Perhubungan Perusahaan
1967— (a) belum
selesai dalam mana-mana siasatan mana-mana
prosiding di bawah Akta tersebut; (b) telah
diputuskan oleh Menteri di bawah seksyen 20(3) Akta
tersebut; atau (c) telah
dirujuk, atau masih belum selesai dalam mana-mana
prosiding di hadapan Mahkamah Perusahaan. 69B.
Kuasa-kuasa tambahan Ketua Pengarah untuk menyiasat pengaduan. (1) Walau
apa pun peruntukan-peruntukan Akta ini, kuasa-kuasa
Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1 )(fl) hendaklah meliputi
pekerja-pekerja yang upahnya melebihi 1,500 ringgit tetapi tidak
melebihi 5,000 ringgit. (2) Bagi
maksud seksyen ini, istilah "upah" ertinya upah
sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 tetapi tidak termasuk apa-
apa pembayaran secara komisen, elaun sara diri atau bayaran
lebihmasa. (3) Kecuali
bagi Bahagian XV dan XVI yang adalah terpakai
dengan ubahsuaian yang perlu, peruntukan-peruntukan lain Akta ini
tidaklah terpakai bagi pekerja-pekerja yang disebut dalam
subseksyen(l). 69c.
Tuntutan untuk indemniti bagi penamatan kontrak tanpa notis. (1) Pada
menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 69B(1),
Ketua Pengarah boleh menyiasat dan memutuskan apa-apa tuntutan
mengenai apa-apa indemniti yang kena dibayar kepada majikan atau
pekerjajika kontrak perkhidmatan ditamatkan oleh salah satu pihak
tanpa notis, atau jika notis telah diberi, tanpa menunggu habis
tempoh notis itu. (2) Indemniti
yang kena dibayar kepada majikan atau pekerja di bawah subseksyen (1)
adalah jumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru
kepada pekerja itu dalam masa tempoh notis atau dalam masa belum habis
tempoh notis itu. 69D.
Perintah Ketua Pengarah bolehlah secara bertulis. Walau apa
pun pemntukan seksyen 69(1), sesuatu perintah Ketua
Pengarah yang dibuat di bawah seksyen 69B(1) atau 69c(l) bagi
pembayaran oleh atau kepada majikan atau pekerja akan sejumlah
wang sebagaimana yang Ketua Pengarah fikirkan adil, tanpa apa-apa
had jumlahnya, bolehlah dibuat secara bertulis. 69E.
Penalti bagi kesalahan. Seseorang
yang gagal mematuhi sesuatu keputusan atau perintah
Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen 69B(1) atau 69c(l)
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan juga, dalam hal
kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi
satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas
sabitan. 70.
Prosedur dalam siasatan Ketua Pengarah. Prosedur
untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul
di bawah seksyen 69,69B dan 69c hendaklah seperti berikut: (d) orang
yang mengadu hendaklah mengemukakan suatu
penyataan bertulis kepada Ketua Pengarah darihal
pengaduannya dan remedi yang dikehendakinya atau ia
hendaklah dengan sendiri membuat suatu penyataan
kepada Ketua Pengarah darihal pengaduannya dan remedi
yang dikehendakinya; (b) Ketua
Pengarah hendaklah seberapa segera yang boleh
selepas itu menyelidik pengaduan itu atas sumpah atau ikrar
dan hendaklah merekodkan isi penyataan orang yang
mengadu itu dalam buku kesnya; (c) Ketua
Pengarah boleh membuat penyiasatan tersebut
sebagaimana yang ia anggap perlu bagi memuaskan
hatinya sendiri bahawa aduan itu menunjukkan perkara-
perkara yang pada pendapatnya harus disiasati dan boleh
menyaman dalam borang yang ditetapkan orang yang
diadukan itu atau jika nampak kepadanya tanpa apa-apa
penyiasatan bahawa pengaduan itu menunjukkan perkara-
perkara yang harus disiasati ia boleh dengan segera
menyaman orang yang diadukan itu: Dengan syarat
bahawa jika orang yang diadukan itu
hadir dengan sendiri di hadapan Ketua Pengarah, maka
adalah tidak perlu untuk menyampaikan saman kepadanya; (d) bila
mengeluarkan saman kepada orang yang diadukan
Ketua Pengarah hendaklah memberi notis kepada orang
tersebut darihal jenis pengaduan yang dibuat terhadapnya
dan nama pengadu dan hendaklah memberitahu kepadanya
darihal tarikh, masa dan tempat di mana ia dikehendaki
hadir dan hendaklah memberitahu kepadanya bahawa ia
boleh membawa bersamanya mana-mana saksi yang ia
ingin panggil bagi pihaknya dan bahawa ia boleh memohon
kepada Ketua Pengarah supaya mengeluarkan saman
kepada orang tersebut supaya hadir sebagai saksi bagi
pihaknya; (e) apabila
Ketua Pengarah mengeluarkan saman kepada orang
yang diadukan ia hendaklah memberitahu pengadu darihal
tarikh, masa dan tempat yang disebutkan di dalamnya dan
hendaklah mengarahkan pengadu supaya membawa
bersamanya mana-mana saksi yang ia ingin panggil bagi
pihaknya dan bolehlah, atas permintaan pengadu, dan ter-
takluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikir-
kannya patut dikenakan mengeluarkan saman kepada saksi-
saksi tersebut supaya hadir bagi pihak pengadu; (f) apabila
pada bila-bila masa sebelum atau semasa suatu
penyiasatan Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa terdapat mana-mana orang yang ke-
pentingan kewangannya mungkin akan terlibat oleh
keputusan yang akan dibuatnya apakala selesai penyiasatan
itu atau orang yang ia ada sebab untuk mempercayai se-
bagai mempunyai pengetahuan darihal perkara-perkara
yang menjadi persoalan atau boleh memberi sebarang
keterangan yang berkaitan kepadanya, maka ia boleh
menyaman mana-mana atau semua orang tersebut; (g) Ketua
Pengarah hendaklah, pada masa dan tempat yang
dipilih, menyelidik atas sumpah atau ikrar orang-orang
yang disaman atau selainnya hadir yang keterangannya ia
anggap penting kepada perkara yang dipersoalkan dan
hendaklah selepas itu memberi keputusannya atas perkara
yang dipersoalkan; (h) jika
orang yang diadukan itu atau mana-mana orang yang
kepentingan kewangannya Ketua Pengarah ada sebab
untuk mempercayai akan terlibat dan orang itu telah di-
saman supaya hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan
dalam saman itu tidak hadir, maka Ketua Pengarah boleh
mendengar dan memutuskan aduan itu dalam ketidak-
hadiran orang tersebut tanpa mengira bahawa kepentingan
orang itu boleh dimudaratkan oleh keputusannya; (i) bagi
membolehkan mahkamah menguatkuasakan ke-
putusan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah hendaklah me-
muatkan keputusannya dalam suatu perintah dalam borang
tertentu sebagaimana yang ditetapkan. 71.
Rekod siasatan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah
hendaklah menyimpan sebuah buku kes dalam
masa ia hendaklah merekodkan keterangan orang-orang yang
disaman atau selainnya yang hadir dan keputusan dan perintahnya
dalam setiap perkara yang dipersoalkan di hadapannya dan
hendaklah mengesahkannya dengan menurunkan tandatangannya ke
atasnya dan rekod dalam buku kes tersebut hendaklah menjadi
keterangan yang cukup darihal pemberian apa-apa keputusan; dan
mana-mana orang yang berkepentingan dalam keputusan atau
perintah tersebut hendaklah berhak mendapat satu salinan darinya
dengan percuma dan satu salinan rekod tersebut atas bayaran fee
yang ditetapkan. 72.
Percantuman beberapa aduan ke dalam satu aduan. Sekiranya
nampak kepada Ketua Pengarah dalam mana-mana
prosiding di bawah Bahagian ini bahawa terdapat lebih ramai pekerja
daripada seorang pekerja yang mempunyai sebab yang sama untuk
mengadu terhadap majikan yang sama atau orang yang
bertanggungjawab, adalah tidak perlu bagi setiap pekerja tersebut
untuk membuat pengaduan yang berasingan di bawah Bahagian ini,
tetapi Ketua Pengarah boleh, jika ia fikir patut, membenarkan
seorang atau lebih orang-orang tersebut untuk membuat pengaduan
dan untuk hadir dan bertindak bagi pihak yang lain-lain dan secara
umumnya untuk mewakili mereka, dan Ketua Pengarah boleh tems
membuat keputusan atas pengaduan bersama atau pengaduan-
pengaduan bagi setiap dan semua pekerja tersebut: Dengan syarat
bahawa, sekiranya Ketua Pengarah berpendapat
bahawa kepentingan majikan atau orang yang bertanggungjawab itu
mungkin akan dimudaratkan oleh ketidakhadiran mana-mana
pekerja, ia hendaklah mengarahkan pekerja tersebut hadir sendiri. 73.
Perintah larangan oleh Ketua Pengarah kepada pihak ketiga. (1) Bilamana
Ketua Pengarah telah membuat suatu perintah di
bawah seksyen 69, 69B atau 69c terhadap mana-mana majikan atau
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran mana-
mana jumlah wang kepada mana-mana pekerja atau subkontraktor
bagi buruh dan Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa wujud antara majikan itu atau orang yang
bertanggungjawab dan mana-mana orang lain suatu kontrak yang
mana dalam masa pelaksanaannya pekerja atau subkontraktor
melakukan kerja berkenaan yang mana perintah tersebut dibuat,
Ketua Pengarah boleh menyaman orang yang lain itu dan, jika
selepas penyiasatan itu ia berpuas hati bahawa kontrak sedemikian
wujud, boleh membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan
melarangnya daripada membayar kepada majikan atau orang yang
bertanggungjawab tersebut dan menghendakinya membayar kepada
Ketua Pengarah apa-apa wang (tidak melebihi jumlah yang didapati
kena dibayar kepada pekerja atau kontraktor tersebut untuk buruh)
yang diakui olehnya sebagai terhutang kepada majikan atau orang
yang bertanggungjawab berkaitan dengan kontrak tersebut: Dengan syarat
bahawa sekiranya orang lain tersebut mengaku
kepada Ketua Pengarah secara bertulis bahawa wang tersebut
dihutang olehnya di bawah kontrak itu kepada majikan atau orang
yang bertanggungjawab maka ia tidak perlu disaman untuk hadir di
hadapan Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah boleh membuat
perintah tersebut tanpa kehadirannya: Dengan syarat
selanjutnya bahawa sekiranya orang yang lain
tersebut adalah bertanggungjawab sebagai seorang prinsipal di
bawah seksyen 33(1) untuk membayar sebarang upah yang harus
dibayar oleh majikan atau orang yang bertanggungjawab dan di
mana wang yang diakui olehnya sebagai terhutang kepada majikan
atau orang yang bertanggungjawab itu adalah tidak mencukupi untuk
membayar kesemua upah tersebut maka tiada apa-apa dalam
subseksyen ini yang boleh melepaskannya dari tanggungannya bagi
baki upah tersebut sehingga jumlah yang ia bertanggungjawab di
bawah proviso (b) subseksyen tersebut. (2) Pembayaran
apa-apa wang menurut suatu perintah di bawah
subseksyen (1) hendaklah menjadi perlepasan dan bayaran sehingga
jumlah wang yang dibayar sedemikian itu kepada majikan atau
orang yang bertanggungjawab di bawah kontrak itu. 74.
Tiada fee untuk saman: penyampaian saman. (1) Tiada
fee yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah
berkenaan dengan mana-mana saman yang dikeluarkan olehnya di
bawah Bahagian ini. (2) Mana-mana
saman tersebut boleh disampaikan oleh
Mahkamah atau Mahkamah Majistret bagi pihak Ketua Pengarah,
atau dalam cara yang lain, dan oleh orang yang tertentu, sebagaimana
yang Ketua Pengarah anggap berpatutan. 75.
Penguatkuasaan perintah Ketua Pengarah oleh Mah- kamah Sesyen. Sekiranya
mana-mana perintah telah dibuat oleh Ketua Pengarah
di bawah Bahagian ini, dan perintah itu tidak dipatuhi oleh orang
yang kepadanya ia dialamatkan, Ketua Pengarah bolehlah meng-
hantarkan satu salinan diperakui darinya kepada Pendaftar Mah-
kamah Sesyen, atau kepada Mahkamah Majistret Kelas Satu, yang
mempunyai bidang kuasa di tempat di mana perintah itu berkaitan
atau di tempat di mana perintah itu dibuat, dan Pendaftar atau
Mahkamah tersebut, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah
menyebabkan salinan tersebut supaya direkodkan dan dengan
demikian perintah tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan bagi
semua maksud sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen, atau
Mahkamah Majistret Kelas Satu, mengikut mana yang berkenaan,
tanpa mengira yang penghakiman itu berkaitan dengan jumlah atau
nilai yang melebihi bidang kuasa biasa Mahkamah tersebut: Dengan syarat
bahawa tiada jualan harta tak alih bagi maksud-
maksud penguatkuasaan tersebut boleh diperintahkan kecuali oleh
Mahkamah Tinggi. 76.
Rujukan soalan undang-undang oleh Ketua Pengarah kepada Mahkamah Tinggi. (1) Dalam
mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini, Ketua
Pengarah boleh merujukkan mana-mana soalan undang-undang jika
ia fikir mustahak untuk keputusan seorang Hakim Mahkamah Tinggi
danjika ia berbuat demikian ia hendaklah memutuskan prosiding itu
selaras dengan keputusan tersebut. (2) Rayuan
bolehlah dibuat kepada Mahkamah Rayuan dari
mana-mana keputusan Hakim di bawah subseksyen (1). 77.
Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah kepada Mahkamah Tinggi. (1) Jika
mana-mana orang yang kepentingan kewangannya
terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah Ketua
Pengarah di bawah seksyen 69,69B, 69c atau 73 orang tersebut boleh
merayu kepada Mahkamah Tinggi. (2) Tertakluk
kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
seksyen 4 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 prosedur dalam
suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi prosedur
dalam rayuan sivil dari Mahkamah Sesyen dengan ubahsuaian
tertentu sebagaimana keadaan-keadaan menghendaki. 78.
Remedi pekerja bila majikan hampir melarikan diri. (1) Jika
mana-mana pekerja mengadu kepada Majistret bahawa ia
ada alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
majikannya, akan melarikan diri bagi mengelakkan bayaran
upahnya, Majistret boleh menyaman majikan tersebut dan meng-
arahkannya supaya menunjukkan sebab mengapa ia tidak patut
diwajibkan memberi jaminan melalui bon supaya berada di Malaysia
sehingga upah tersebut dibayar; dan jika, selepas mendengar
keterangan majikan tersebut, Majistret memutuskan bahawa bon
tersebut mesti diberikan Majistret bolehlah memerintahkan majikan
itu supaya memberi jaminan melalui bon sejumlah wang tertentu
yang nampak berpatutan kepada Majistret, bahawa ia tidak akan
meninggalkan Malaysia, sehingga Mahkamah berpuas hati bahawa
semua tuntutan yang berpatutan pekerja tersebut terhadapnya untuk
mendapat upah telah dibayar atau diselesaikan. (2) Jika
majikan gagal mematuhi syarat-syarat dalam perintah
tersebut untuk memberi jaminan, maka ia hendaklah ditahan dalam
penjara sehingga perkiraan yang memuaskan hati Majistret telah
dibuat untuk menyelesaikan tuntutan pekerja tersebut: Dengan syarat
bahawa: (a) majikan
tersebut hendaklah dibebaskan pada bila-bila masa
oleh Majistret yang memenjarakan setelah jaminan
diberikan atau setelah ia membayar sama ada keseluruhan
atau sebahagian darinya yang nampak berpatutan kepada
Majistret sebagai tuntutan yang berpatutan pekerja tersebut
terhadapnya untuk mendapatkan upah atau setelah di-
failkan suatu petisyen kebankrapan olehnya atau terhadap-
nya;dan (b} dalam
mana-mana hal tempoh penahanan sedemikian tidak
boleh melebihi tiga bulan. (3) Bon
yang harus dibenkan oleh seorang majikan hendaklah
merupakan bon peribadi dengan satu atau lebih penjamin, dan denda
bagi pelanggaran bon itu hendaklah ditetapkan dengan mengambil
perhatian kepada keadaan-keadaan kes itu dan punca pendapatan
majikan. (4) Jika
atas atau selepas suatu pengaduan oleh mana-mana
pekerja di bawah subseksyen (1) nampak kepada Majistret bahawa
ada alasan yang baik untuk mempercayai bahawa majikan yang
diadukan telah melarikan diri atau sedang melarikan diri atau akan
melarikan diri, Majistret tersebut bolehlah mengeluarkan waran bagi
penahanan majikan itu dan majikan tersebut hendaklah ditahan
dalam jagaan sementara menunggu pembicaraan aduan tersebut
melainkan ia mendapat jaminan yang baik dan mencukupi bagi
memuaskan hati Mahkamah untuk kehadirannya untuk menjawab
aduan tersebut. (5) Bagi
tujuan-tujuan seksyen ini satu sijil yang ditandatangani
oleh Ketua Pengarah dan dikeluarkan kepada Majistret yang
mengesahkan bahawa upah yang dituntut telah dibayar atau
diselesaikan hendaklah merupakan keterangan yang mencukupi
darihal pembayaran atau penyelesaian tersebut. 79.
Kuasa-kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat kesalahan- kesalahan yang mungkin
di bawah Akta ini. (1) Bilamana
Ketua Pengarah mempunyai sebab yang
munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan, atau ingin menyiasat mana-mana perkara
yang diuruskan oleh Akta ini, atau mana-mana pertikaian darihal
perkara tersebut atau darihal kematian atau kecederaan seorang
pekerja (yang bukan perkara suatu penyiasatan di bawah Akta
Elektrik, 1949, atau Akta Jentera dan Kilang, 1967, atau mana-mana
undang-undang bertulis berkaitan dengan perlombongan yang pada
masa itu berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya)
atau berkenaan mana-mana perkara berhubung dengan penyimpanan
daftar-daftar dan dokumen-dokumen lain, atau bila mana mana-mana
orang mengadu kepada Ketua Pengarah darihal mana-mana
pelanggaran terhadap peruntukan Akta ini, maka Ketua Pengarah
bolehlah menyaman mana-mana orang yang ia mempunyai sebab
untuk mempercayai sebagai boleh memberi maklumat berkenaan
kesalahan tersebut atau hal-perkara penyiasatan atau pengaduan
tersebut. (2) Jika
setelah penyiasatan sebagaimana yang tersebut di atas
Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu kesalahan telah
dilakukan, ia boleh memulakan prosiding jenayah yang tertentu
sebagaimana yang ia anggap mustahak. (3) Sesuatu
saman yang dikeluarkan di bawah Seksyen ini
hendaklah dalam borang tertentu yang ditetapkan. 80.
Pemeriksaan atas saman oleh Ketua Pengarah. Mana-mana
orang yang disaman oleh Ketua Pengarah di bawah
Bahagian ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk hadir
pada masa dan tempat yang ditentukan dalam saman itu dan untuk
menjawab dengan benar semua soalan yang dikemukakan
kepadanya oleh Ketua Pengarah. 81.
Hak pekerja untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah. Tiada majikan
yang boleh menghalang atau cuba untuk
menghalang mana-mana pekerja daripada hadir di hadapan Ketua
Pengarah menurut Bahagian ini.