BAHAGIAN V
BERKAITAN DENGAN SISTEM MEMBAYAR UPAH DENGANBARANG
25.
Upah hendaklah dibayar dengan wang sah. (1) Kecuali
sebagaimana selainnya dibenarkan secara nyata oleh Akta ini, keseluruhan
jumlah upah yang diperolehi oleh, atau yang perlu dibayar kepada, mana-mana
pekerja bagi apa-apa kerja yang dilakukan olehnya hendaklah dibayar dengan
sebenarnya kepadanya dengan wang sah, dan setiap pembayaran, atau atas
akaun, mana- mana upah tersebut yang dibuat dalam mana-mana bentuk lain
adalah tidak sah, batal dan tak sah. (2) Setiap
pekerja hendaklah berhak untuk memperolehi di mahkamah atau di hadapan
Ketua Pengarah yang bertindak di bawah Seksyen 69 sedemikian banyak upahnya,
tidak termasuk jumlah-jumlah yang dipotong secara sah di bawah Bahagian
IV, yang tidak dibayar dengan sebenamya kepadanya dengan wang sah atau
dibayar kepadanya mengikut apa-apa cara di bawah seksyen 25A. 25A.
Pembayaran upah melalui bank. (1) Tiada
apa-apa dalam seksyen 25 (1) boleh berkuatkuasa untuk menjalankan tidak
menurut undang-undang atau tidak sah sebarang pembayaran upah oleh majikan
kepada pekeija dengan kebenaran bertulis pekerja dalam mana-mana cara
yang berikut:— (d) pembayaran
ke dalam suatu akaun di sebuah bank atau sebuah syarikat kewangan yang
dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 di mana-mana
bahagian Malaysia yang merupakan akaun atas nama pekerja atau
akaun atas nama pekerja bersama-sama dengan seorang atau lebih orang lain; (b) pembayaran
dengan cek kepada atau bayar ikut perintah pekerja. (2) Persetujuan
pekerja di bawah seksyen ini bolehlah ditarik balik olehnya pada bila-bila
masa secara notis bertulis diberikan kepada majikan. Notis tersebut hendaklah
berkuatkuasa pada tetapi tidak sebelum akhir tempoh empat minggu bermula
pada hari notis itu diberikan. (3) Persetujuan
pekerja kepada cara pembayaran upah di bawah subseksyen (1) hendaklah
tidak enggan diberi dengan tak munasabah, atau jika diberi, hendaklah
tidak ditarik balik dengan tak munasabah oleh pekerja walau apa pun peruntukan
subseksyen (2). (4) Apa-apa
pertikaian tentang sama ada seseorang pekerja telah dengan tak munasabah
enggan memberi atau menarik balik persetujuannya kepada cara pembayaran
upahnya di bawah subseksyen (1) hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah
yang keputusannya mengenai perkara itu adalah muktamad.
26.
Syarat-syarat yang menghadkan tempat, cara dan orang yang mana upah yang
dibayar hendak dibelanjakan, menyalahi undang-undang. Tiada majikan
boleh mengenakan apa-apa syarat dalam mana-mana kontrak perkhidmatan darihal
tempat di mana, atau cara di mana, atau orang dengan mana, apa-apa upah
yang dibayar kepada pekerja perlu dibelanjakan dan apa-apa syarat sedemikian
dalam se-suatu kontrak perkhidmatan hendaklah terbatal dan tidak berkuatkuasa. 27.
Faedah ke atas pendahuluan dilarang. Tiada majikan
yang boleh: (a) membuatapa-apapotongan;atau (b) menerimaapa-apapembayaran,
daripada mana-mana pekerja secara diskaun, faedah atau sebarang bayaran
yang sama bagi apa-apa pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan upah yang
dibuat kepada pekerja dengan menganggap upah akan dibayar pada tarikh
yang biasa, sekiranya pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan itu tidak
melebihi satu bulan upah. 28.
Sekatan atas tempat-tempat di mana upah boleh dibayar. Tiada majikan
yang boleh membayar upah kepada pekerja-pekerja di kedai minuman keras
atau lain-lain tempat perniagaan yang serupa atau di tempat-tempat hiburan
atau kedai-kedai atau stor bagi jualan runcit barangan kecuali bagi pekerja-pekerja
yang bekerja di tempat itu. 29.
Saraan lain daripada upah. (1) Tiada
apa-apa dalam Bahagian ini yang boleh menjadikan sesuatu kontrak perkhidmatan
dengan seseorang pekerja di mana majikan bersetuju menyediakan pekerja
dengan rumah tempat tinggal, makanan, minyak, elektrik, air, rawatan pembatan
atau apa-apa kemudahan yang diluluskan atau perkhidmatan yang diluluskan
sebagai tambahan kepada upah tetapi tiada majikan boleh menyediakan mana-mana
pekerjanya dengan apa-apa arak yang memabukkan sebagai sebahagian daripada
syarat-syarat kontrak perkhid- matannya. (2) Ketua
Pengarah bolehlah, atas permohonan yang dibuat kepadanya secara bertulis
oleh majikan, meluluskan secara bertulis apa-apa kemudahan atau perkhidmatan
sebagai kemudahan yang diluluskan atau perkhidmatan yang diluluskan, dan
dalam memberikan kelulusan itu Ketua Pengarah bolehlah membuat ubahsuaian-ubahsuaian
tertentu kepadanya atau mengenakan syarat-
syarat ke atasnya sebagaimana yang ia fikir berpatutan. (3) Mana-mana
orang yang tidak puas hati terhadap apa-apa keputusan Ketua Pengarah di
bawah subseksyen (2) bolehlah, dalam masa tiga puluh hari daripada keputusan
itu diberitahu kepadanya, merayu secara bertulis kepada Menteri. (4) Atas
mana-mana rayuan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (3), Menteri
bolehlah membuat keputusan atau perintah ke atasnya sebagaimana yang berpatutan,
dan keputusan atau perintah tersebut adalah muktamad. 30.
(Dipotong).