BAHAGIAN
VI
KEUTAMAAN UPAH 31.
Keutamaan upah daripada lain-lain hutang. (1) Sekiranya
dengan perintah sebuah mahkamah yang dibuat atas permohonan mana-mana
orang yang memegang sesuatu gadai-janji, gadaian, lien atau dekri (kemudian
daripada ini dirujukkan sebagai "pemiutang bercagar") atau dalam
melaksanakan haknya di bawah debentur terhadap harta mana-mana orang (kemudian
dari-pada ini dirujukkan sebagai "orang yang bertanggungjawab")
yang bertanggungjawab di bawah mana-mana peruntukan Akta ini untuk membayar
upah-upah yang perlu dibayar kepada pekerja atau untuk membayar wang yang
perlu dibayar kepada mana-mana subkontraktor untuk buruh adalah dijual,
atau apa-apa wang yang terhutang kepada orang yang ertanggungjawab ditahan
atau digamis, maka mahkamah atau penerima atau pengurus tidak boleh membenarkan
pembayaran hasil jualan, atau wang yang ditahan atau digamis itu, kepada
pemiutang bercagar atau pemegang debentur sehingga mahkamah atau penerima
atau pengurus telah menentukan dan menyebabkan dibayar, daripada hasil
atau wang itu, upah-upah pekerja tersebut, atau wang yang terhutang kepada
mana-mana subkontraktor bagi kerja-kerja yang dibuat di bawah suatu kontrak
di antaranya dan orang yang bertanggungjawab, yang mana orang yang bertanggungjawab
adalah bertanggung untuk membayar pada tarikh jualan tersebut, penahanan
atau garnisan: Dengan syarat
bahawa seksyen ini hendaklah terpakai kepada jualan sesuatu tempat pekerjaan
di mana— (a) mana-mana
pekerja kepadanya upah perlu dibayar sebagaimana tersebut di atas; (b) mana-mana
pekerja kepadanya upah perlu dibayar oleh subkontraktor bagi kerja-kerja
yang dilakukan sebagai- mana tersebut di atas; (c) mana-mana
subkontraktor untuk buruh kepadanya wang dihutang dengan sebab subkontrak
oleh subkontraktor untuk buruh sebagaimana tersebut di atas, telah diambil
bekerja atau bekerja pada masa di mana upah-upah telah diperolehi atau
wang tersebut yang terakru perlu dibayar, dan kepada hasil-hasil jualan
mana-mana keluaran tempat pekerjaan tersebut dan mana-mana harta alih
di dalamnya yang digunakan berkaitan dengan pekerjaan tersebut dan terhadap
apa-apa wang yang terhutang kepada orang yang bertanggungjawab bagi kerja
yang dilaksanakan oleh pekerja atau subkontraktor untuk buruh atau
diperolehi daripadajualan keluaran-keluaran kerja tersebut: Dengan syarat
selanjutnya bahawa— (d) sekiranya
orang yang bertanggungjawab itu adalah majikan maka jumlah besar upah
pekerja itu di mana keutamaan terhadap tuntutan seseorang pemiutang bercagar
diberikan oleh seksyen ini hendaklah tidak melebihi jumlah yang terhutang
oleh majikan kepada pekerja sebagai upah-upah bagi mana-mana empat bulan
kerja berturut-turut; (b) sekiranya
orang yang bertanggungjawab itu ialah seorang prinsipal di bawah seksyen
33 maka jumlah besar upah-upah mana-mana pekerja di mana keutamaan terhadap
tuntutan seseorang pemiutang bercagar diberikan oleh seksyen ini hendaklah
tidak melebihi jumlah yang terhutang oleh prinsipal kepada kontraktor
pada tarikh jualan, penahanan atau gamisan melainkan kontraktor itu juga
adalah subkontraktor untuk buruh; (c) sekiranya
orang yang bertanggungjawab itu ialah kontraktor atau subkontraktor yang
berhutang wang dengan subkontraktor untuk buruh, maka jumlah besar yang
terhutang kepada subkontraktor untuk buruh di mana keutamaan terhadap
tuntutan pemiutang bercagar adalah diberikan oleh seksyen ini hendaklah
tidak melebihijumlah yang terhutang oleh subkontraktor untuk buruh kepada
pekerja-pekerjanya (termasuk mana-mana subkontraktor selanjutnya untuk
buruh di bawah subkontraktor untuk buruh yang pertama kali disebutkan
di atas) bagi mana- mana kerja empat bulan berturut-turut. (2) Dalam
seksyen ini, kecuali bagi povisio kedua, "upah" termasuklah
faedah-faedah penamatan dan rentikerja sementara, gaji cuti tahunan, gaji
cuti sakit, gaji hari kelepasan am dan elaun bersalin. 32.
Rujukan oleh mahkamah kepada Ketua Pengarah. (1) Bagi
maksud-maksud menentukan jumlah yang terhutang kepada mana-mana pekerja
atau subkontraktor untuk buruh di bawah seksyen 31, mahkamah atau penerima
atau pengurus bolehlah merujuk persoalan kepada Ketua Pengarah dengan
meminta supaya ia membuat suatu siasatan terhadap perkara berkenaan dan
mengemukakan laporannya berkaitan dengan perkara tersebut kepada mahkamah
atau penerima atau pengurus, dan Ketua Pengarah hendaklah mematuhi permintaan
itu. (2) Bagi
maksud-maksud mana-mana siasatan di bawah sub-seksyen (1) Ketua Pengarah
hendaklah mempunyai kesemua kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen
70 (f) dan seksyen 80 hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-olah siasatan
telah dijalankan di bawah seksyen 69.