B. Malaysia |
BAHAGIAN VII
KONTRAKTOR DAN PRINSIPAL 33.
Tanggungan prinsipal dan kontraktor terhadap upah. (1) Sekiranya
seseorang prinsipal dalam masa atau bagi maksud maksud perdagangan atau
pemiagaannya, berkontrak dengan kontraktor bagi perlaksanaan oleh atau
di bawah kontraktor kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang diusahakan
oleh prinsipal dan apa-apa upah adalah terhutang kepada mana-mana pekerja
oleh kontraktor atau mana-mana subkontraktor di bawah kontraktor bagi
kerja yang dilakukan dalam masa melaksanakan kontrak itu, prinsipal dan
kontraktor dan mana-mana subkontraktor tersebut (yang bukannya majikan)
hendaklah secara bersesama dan masing-masing bertanggung dengan majikan
untuk membayar upah-upah tersebut seolah-olah pekerja itu telah diambil
bekerja serta-merta oleh prinsipal dan oleh kontraktor dan mana-mana subkontraktor
tersebut: Dengan syarat
bahawa— (a) dalam
hal suatu kontrak bagi kerja binaan prinsipal hendaklah tidak bertanggung
bagi pembayaran upah di bawah subseksyen ini melainkan ia juga adalah
kontraktor binaan atau pemaju perumahan; (b) prinsipal
dan kontraktor dan mana-mana subkontraktor (yang bukannya majikan), hendaklah
tidak bertanggung kepada mana-mana pekerja di bawah subseksyen ini bagi
lebih daripada upah-upah yang terhutang kepadanya bagi mana-mana tiga
bulan berturut-turut; dan (c) pekerja
itu telah membawa langkah pembicaraan terhadap prinsipal bagi mendapatkan
upah-upahnya atau membuat aduan kepada Ketua Pengarah di bawah Bahagian
XV dalam masa sembilan puluh hari daripada tarikh di mana
upah-upah itu menjadi kena dibayar oleh majikannya menurut peruntukan-peruntukan
bagi pembayaran upah yang terkandung dalam Bahagian III. (2) Mana-mana
orang, selain daripada majikan, yang telah membayar upah di bawah seksyen
ini kepada pekerja bagi mana-mana majikan bolehlah membawa tindakan sivil
terhadap majikan itu bagi mendapatkan jumlah upah yang dibayar sedemikian
itu.