B. Malaysia |
BAHAGIAN
VIII
MENGAMBIL BEKERJA WANITA 34.
Larangan kerja malam. (1) Kecuali
menurut peraturan-peraturan yang diperbuat di bawah Akta ini atau apa-apa
pengecualian diberikan di bawah proviso kepada subseksyen ini maka tiada
majikan boleh memerlukan mana-mana pekerja wanita untuk bekerja dalam
mana-mana kegiatan perusahaan atau pertanian di antara waktu pukul sepuluh
malam dan waktu pukul lima pagi ataupun memulakan kerja pada hari itu
tanpa mempunyai suatu tempoh sebelas jam berturut-turut bebas daripada
kerja tersebut: Dengan syarat
bahawa Ketua Pengarah bolehlah, atas permohonan dibuat kepadanya dalam
mana-mana hal tertentu, mengecualikan secara bertulis mana-mana pekerja
wanita atau golongan pekerja wanita daripada mana-mana sekatan dalam subseksyen
ini, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ia kenakan. (2) Mana-mana
orang: (a) yang
terlibat oleh mana-mana keputusan yang dibuat atau syarat yang dikenakan
di bawah proviso kepada subseksyen (1); dan (b) yang
tidak puas hati dengan keputusan atau syarat tersebut, bolehlah dalam
masa tiga puluh hari daripada keputusan atau syarat tersebut diberitahu
kepadanya merayu secara bertulis daripadanya kepadaMenteri. (3) Dalam
memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (2),
Menteri bolehlah membuat keputusan atau perintah ke atasnya, termasuk
pemindaan atau pengubahan mana-mana syarat yang dikenakan atau pengenaan
apa-apa syarat selanjutnya, sebagaimana yang adil dan keputusan atau perintah
tersebut hendaklah muktamad. 35.
Larangan kerja bawah tanah. Tiada pekerja
wanita yang boleh diambil bekerja dalam mana-mana kerja bawah tanah. 36.
Larangan pekerjaan oleh Menteri. Walau apa
pun peruntukan-peruntukan Bahagian ini Menteri bolehlah melalui perintah
melarang atau membenarkan pengambilan pekerja-pekerja wanita dalam keadaan-keadaan
tertentu atau di bawah syarat-syarat tertentu sebagaimana yang dinyatakan
dalam perintah tersebut.